Monday, 29 October 2018

sky is the limit

...untuk 2018 ni,mungkin saya sudah terlambat untuk jadikan impian dan azam saya tercapai 100 peratus. yela,bz dengan kerja. walaupun itu bukanlah satu alasan yang wajar. Patutnya saya kena lebih bijak mengatur masa antara kerjaya dan impian. kadang-kadang,saya tidak pasti sama ada saya perlu bersedih ataupun abaikan saja semua impian tu. Seperti layang-layang yang tidak tahu arah tuju. kadang ke timur dan kadang ke barat. saya..sentiasa ada di sini. di mana tempat kakiku berpijak. atas muka bumi yang tua ni. Tapi,angan-angan jauh menembusi awan. 

dengan rasa rendah diri..saya mengubah persepsi negatif minda saya terhadap diri sendiri. Cuba berdiri lebih berani jauh dari kebiasaan dan kemampuan. Dulu,masa masih bergelar pelajar di sebuah institusi awam (UMS),saya curi2 masa menulis novel. Bila ingat balik,memang fokus belajar ke laut. Huhu,,,saya buat semua tu tanpa pengetahuan sesiapa termasuk family saya sendiri. dah memang saya suka buat hal saya sendiri..tak mahu kacau hidup orang lain.. hah! dalam bilik kecil saya masa tu,penuh nota lekat kat dinding. saya saja yang tahu betapa meriahnya tgk nota2 tu beralun ditiup angin dari kipas yang berputar. 

Sudah siap novel tu,saya cuba nasib hantar karya saya tu pada pihak penerbitan. rasa kesian pun ada jugak,sebab masa tu saya baru umur 19 tahun. apa lah sangat yang saya tahu pasal proses penerbitan. main hantar je. tungu punya tunggu. senyap! tiada sebarang berita. lama-kelamaan,saya tidak bharap lagi. hilang semua rasa excited untuk terbitkan novel karya sendiri. 

this time,saya sedang usahakan satu novel.. yang saya harap dapat memberi inspirasi pada orang lain. insyaAllah.. panjang umur,murah rezeki. 

No comments:

Post a Comment