Sebagai seorang beginner dalam dunia penulisan ni, mesti ada seorang penulis yg tnpa disedari telah memberi efek positif pada saya.. Alhamdulillah,rezeki..bukan seorang saja penulis berjaya di luar sana. Tapi,buku penulis ni..sederhana buat saya yang serba sederhana ni. Bagi saya,menulis ni unik. Dari mula kita menyentuh pena,seluruh penca indera bagaikan bergerak bsama. Dalam diam,mampu berbicara. Betul tak?
Kesibukan kerja membuatkan aku lelah berdepan rutin harian yang boleh dikatakan hampir sama setiap hari. Fikiranku terkurung di satu sudut yang sama hanpir setiap hari. Tidur dan bangun menghadap dinding putih yang kosong. Aku harapakn dunia sekelilingku di hiasi pemandangan yang luas dari bingkai jendela..segar mata melihat. Satu hari,aku membawa diri tanpa bertemankan sesiapa ke satu pusat membeli belah Aeon bukit tinggit. Hanya itu saja mall terdekat yang ada. Mall jauh berpuluh batu memang tidak sama sekali lah. Aku terpaksa melawan rasa takut yang datang silih berganti dengan cara meyakinkan diri sendiri bahawa Allah sentiasa ada. Aku memilih untuk bertolak ke Aeon saat matahari mulai naik 90 darjah di atas kepala. Waktu macam ni biasanya paling selamat untuk keluar seorang diri. (bagi aku lah). Huhu. Mujurlah aku sudah pandai menggunakan aplikasi grab car. Sampai juga aku ke Aeon dengan selamat. Tuhan saja tahu betapa aku meminta agar di lindungi setiap masa.
Sampai saja di sana,aku terus naik eskelator ke aras dua. Dalam fikiranku sebenarnya kosong. Tidak tahu hendak masuk arah mana.
'kekoknya rasa..alahaii' bisikku dalam hati. Buat-buat sibuk mencari kedai yang aku berkenan.
Sampai di satu sudut,aku terjumpa satu kedai berwarna merah. Merah,mukan KFC tau. Atas kedai merah tu tertulis 'POPULAR'. Kedai buku ! Tiba-tiba saja aku bagai dipukau. Hatiku berbunga2. Mataku berkaca-kaca. Hatiku melonjak riang. Excited lah tu! Hehhe..aku terus melangkah masuk ke dalam.
'Haaaaa...tenangnya.'
Kurasa otak ku yang sudah kering selama ini mula membulat kembali. Tenagaku bagaikan di cas maksimum. Setiap rak kuintai satu persatu. Namun,mataku terpandang susunan buku berkulit putih di tepi rak. Aku mencapai senaskah dan membeleknya.
'Ini buku pasal apa ya? Macam best ja.' aku bermenolog sendiri. Sejujurnya,aku sendiri tidak tahu sebabnya aku memilih buku itu untuk digantikan dengan wang saku berjumlan rm 24 ringgit. Itu dikira murah selepas diberi diskaun dari harga asalnya rm30.
'rezeki aku'..bisikku lagi.
Hehhe..aku tersenyum sendiri. Eh,pelik apa aku ni. Macam di sampuk sesuatu saja. Buku ni ada jampi ke ? Sebelum aku meninggalkan kedai buku popular ,aku sempat menoleh dan berbisik.
'nanti aku datang balik'..
Sampai saja di rumah,aku terus melayan ulat buku yang ada dalam sifatku ini. Berpusing-pusing aku menghadap buku yang baru kubeli itu. Perasaanku ketika membaca buku itu bagaikan membaca hasil karya sendiri. Hatiku senang menghadap apa yang ingin disampaikan oleh si penulis.
Aku menutup buku yang belum habis kubaca lalu merenung tingkap separuh terbuka di hujung bilik. Patutlah aku tertarik dengan buku ni. Kebetulan kah apa?
Apa lagi,aku terus mencari info tentang penulis hebat yang berjaya menyuntik hati kecilku ini.
Akhirnya,aku berjaya ! Huhu.Maafkan aku wahai si penulis misteri,aku mengintai laman muka bukumu senyap-senyap. Aku faham benar akan jiwa seorang penulis introvert ni. Sebab aku juga inrovert.
Beberapa bukan kemudian,secara tidak sengaja aku ternampak post di laman muka buku tentang pesta buku antarabangsa yang bakal di adakan di PWTC kuala lumpur.
'mahu...aku mahu pergi.' Aku yang sudah mulai jatuh cinta dengan buku ni tidak mahu ketinggalan. Asyik tertinggal seorang diri di belakang saja. Hm,aku nekad untuk pergi.
Sekali lagi,rezeki hinggap ke atas diriku. Penulis kegemaranku itu menghantar status di laman muka bukunya tentang keberadaanya di pesta buku itu nanti,dan dia akan mengadakan satu sesi meet and great. Syukurlah,kebetulan aku cuti ketika itu.
'wahai pesta buku,aku datang'
Ketika aku sampai ke dewan pwtc,pelajar sekolah berpusu-pusu memasuki dewan . Aku yang tidak tahu apa-apa tentang jalan masuk dewan terasa hendak berpatah balik saja. Aku mula bersungut sendiri. Jika diikutkan hati,sudah lama aku kembali ke rumah . Berehat menghadap dinding. Tapi,aku sudah berjakan sejauh ini demi pesta buku yang kunantikan. Aku terus saja masuk ke dalam dewan dan mencari sudut jualan buku iman publication.
'dah jumpa..pandai aku cari'.. Pembeli di situ rata-ratanya membeli buku yang ingin kubeli. Penulis yang sama ! Usai membayar harga buku di kaunter pembayaran,aku segera memanjat naik ke aras paling atas. Di situlah tempat aku akan bertemu dengan si penulis misteri ni. Aku sanggup berbaris untuk mendapatkan tanda tangannya. Aku hanya berdiam diri sepanjang penantianku di balik tirai barisan kelompok manusia yang datang.
'iqah..iqah..kau ni biar betul. Sanggup bayar tambang mahal semata-mata semua ni? ' getus hati kecilku. Aku tersengeh. Aku akur dengan keinginanku tanpa ada sesiapa yang menghalang. Niat aku baik. Aku juga ingin menjadi penulis berjaya sepertinya. Cuma mungkin bezanya,aku tidak punya gafget mahal atau laman media sosial yang mampu menarik ramai supporter..dan aku ini tidak punya bakat sehebat orang lain untuk dibanggakan. Tapi,aku kenal siapa aku. Aku tahu kemampuanku. Aku tahu apa yang aku boleh buat dengan tangan ini,dengan sepasang mata yang rabun ini. InsyaAllah. Jadikan orang yang berjaya sebagai sumber inspirasi.
"okey,masuk." pengurus sesi meet and great yang berdiri di tepi pintu memberi izin masuk. Berdebar rasanya melihat penulis kegemaranku itu di atas pentas. Duduk di atas kerusi. Menandatangani buku setiap seorang yang datang. Saat giliranku tiba ,aku mencuba untuk mengawal rasa gentar. Haha..apalah aku ni. Bukannya perlu bersuara. Cuma serahkab buku tu padanya dan berlalu pergi selepas diberi tandatangan. Ambil gambar dan siap!
Sejujurnya,aku bukan jenis orang yang terbuka di khayalak orang ramai. Tidak hairanlah jika aku bertukar menjadi udang bakar bila malu.
Maka,aku pun beredar keluar untuk pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan angka lima setengah petang. Aku meredah hujan untuk masuk ke dalam perut kereta yang akan membawaku pulang ke rumah.
....Thank you for the signature,fav author TEME Abdullah.
Kepada diriku yang sedang usaha menghasilkan novel, semoga berjaya.
Kalaupun usahamu tidak berjaya,anggap saja tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya bersifat sederhana. Apa yang kita dapat,apa yang kita tidak dapat...adalah ketentuan Allah.. Harapkan yang baik2 dalam hidup. Biar tiada seorang yg tahu akan kewujudakn kita,asalKan dalam hati kita wujudkannya agama Allah yang mana akan menghidupakn jiwa raga kita .. Wallahu'alam..
Salam zohor..
Monday, 29 October 2018
sky is the limit
...untuk 2018 ni,mungkin saya sudah terlambat untuk jadikan impian dan azam saya tercapai 100 peratus. yela,bz dengan kerja. walaupun itu bukanlah satu alasan yang wajar. Patutnya saya kena lebih bijak mengatur masa antara kerjaya dan impian. kadang-kadang,saya tidak pasti sama ada saya perlu bersedih ataupun abaikan saja semua impian tu. Seperti layang-layang yang tidak tahu arah tuju. kadang ke timur dan kadang ke barat. saya..sentiasa ada di sini. di mana tempat kakiku berpijak. atas muka bumi yang tua ni. Tapi,angan-angan jauh menembusi awan.
dengan rasa rendah diri..saya mengubah persepsi negatif minda saya terhadap diri sendiri. Cuba berdiri lebih berani jauh dari kebiasaan dan kemampuan. Dulu,masa masih bergelar pelajar di sebuah institusi awam (UMS),saya curi2 masa menulis novel. Bila ingat balik,memang fokus belajar ke laut. Huhu,,,saya buat semua tu tanpa pengetahuan sesiapa termasuk family saya sendiri. dah memang saya suka buat hal saya sendiri..tak mahu kacau hidup orang lain.. hah! dalam bilik kecil saya masa tu,penuh nota lekat kat dinding. saya saja yang tahu betapa meriahnya tgk nota2 tu beralun ditiup angin dari kipas yang berputar.
Sudah siap novel tu,saya cuba nasib hantar karya saya tu pada pihak penerbitan. rasa kesian pun ada jugak,sebab masa tu saya baru umur 19 tahun. apa lah sangat yang saya tahu pasal proses penerbitan. main hantar je. tungu punya tunggu. senyap! tiada sebarang berita. lama-kelamaan,saya tidak bharap lagi. hilang semua rasa excited untuk terbitkan novel karya sendiri.
this time,saya sedang usahakan satu novel.. yang saya harap dapat memberi inspirasi pada orang lain. insyaAllah.. panjang umur,murah rezeki.
Subscribe to:
Comments (Atom)